ADN

Karnival Kerjaya Subang Jaya dijadual semula pada 8 Disember

23 Nov 2020, 7:06 AM
Karnival Kerjaya Subang Jaya dijadual semula pada 8 Disember
Karnival Kerjaya Subang Jaya dijadual semula pada 8 Disember

SHAH ALAM, 23 NOV: Karnival Kerjaya Subang Jaya ditangguhkan ke 8 Disember berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa sehingga 6 Disember.

Ahli Dewan Negeri, Michelle Ng berkata program yang dijadual berlangsung pada 19 hingga 21 November lalu itu menerima lebih 500 permohonan.

"Program sepatutnya dijalankan minggu lalu namun disebabkan PKPB dilanjutkan, ia ditangguh ke 8 hingga 10 Disember ini.

[caption id="attachment_448919" align="alignright" width="500"] Michelle Ng menjawab pertanyaan media dalam suatu program kebajikan di SS14, Subang Jaya pada 7 November 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

"Walaupun secara dalam talian. Penangguhan terpaksa dibuat kerana tidak mahu tarikh temu duga fizikal terlalu jauh dengan temu duga dalam talian. Jadi kita tetapkan temu duga fizikal pada 19 Disember," katanya kepada SelangorKini hari ini.

Susulan itu, Michelle menggalakkan orang ramai memanfaat program yang menawarkan lebih 1,200 peluang pekerjaan melibatkan kira-kira 60 majikan.

"Individu yang tidak mahir dengan konsep maya boleh hadir ke temu duga fizikal. Kita akan bantu mereka," katanya.

Karnival dengan kerjasama Majlis Bandaraya Subang Jaya dan beberapa syarikat itu dijalankan bagi mengatasi masalah pengangguran serta membantu individu hilang kerja mempunyai sumber pendapatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619