BERITA UTAMA

MB: Anak syarikat, agensi sebar manfaat Belanjawan 2021 kepada rakyat

4 Nov 2020, 12:30 AM
MB: Anak syarikat, agensi sebar manfaat Belanjawan 2021 kepada rakyat

SHAH ALAM, 4 NOV: Semua anak syarikat dan agensi Kerajaan Selangor akan digerakkan bagi memastikan manfaat Belanjawan 2021 sampai kepada rakyat.

Dato' Menteri Besar berkata proses berkenaan disusun dan berjalan sejak beliau mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi fasa ketiga Julai lalu.

"Anak syarikat akan mengetuainya dan melakukan hebahan media termasuk media sosial mengenai segala peluang dan ruang disediakan kepada rakyat.

"Inilah kaedah untuk kita terus berhubung ketika ini. Saya yakin kita mampu maju dan boleh teruskan kemajuan serta ekonomi Selangor," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika bersiaran di Astro Awani malam tadi.

Belanjawan Selangor 2021 yang dibentangkan Amirudin Jumaat lalu mengumumkan pelbagai inisiatif untuk rakyat dalam pelbagai sektor.

Antaranya, Program Tuisyen Rakyat Selangor dengan peruntukan RM13 juta, Program Bank Makanan bernilai RM6 juta serta 15,000 peluang pekerjaan membabitkan kos berjumlah RM76 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619