ADN

Speaker: Sidang DNS dipendekkan jika kes Covid-19 membimbangkan

25 Okt 2020, 7:50 AM
Speaker: Sidang DNS dipendekkan jika kes Covid-19 membimbangkan
Speaker: Sidang DNS dipendekkan jika kes Covid-19 membimbangkan

SHAH ALAM, 25 OKT: Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) yang dijadualkan berlangsung selama dua minggu mungkin dipendekkan sekiranya situasi pandemik Covid-19 di Selangor membimbangkan.

Speaker, Ng Suee Lim berkata keputusan itu turut bergantung dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berlangsung ketika ini.

"Mengikut jadual, persidangan bermula dari Jumaat ini iaitu 30 Oktober dan berlangsung selama dua minggu. Namun sekiranya ada halangan tertentu termasuk dengan peningkatan Covid-19, mungkin masa terpaksa dipendekkan.

[caption id="attachment_447174" align="alignright" width="461"] Petugas Dewan Negeri Selangor dan pihak media melakukan saringan Covid-19 bagi persediaan menghadapi Sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Ini kerana kita mahu mengambil langkah berjaga-jaga supaya keselamatan semua yang terlibat dengan persidangan dapat dikawal sebaiknya," katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas menjalani ujian saringan Covid-19 di Bangunan SUK, hari ini.

Suee Lim turut memaklumkan seramai 1,200 individu termasuk wakil rakyat, kakitangan kerajaan, petugas dan pengamal media menjalani ujian saringan itu bermula hari ini sehingga esok.

Katanya hanya yang disahkan negatif wabak itu sahaja dibenarkan menyertai persidangan kali ini.

"Saya jangkakan keputusan ujian ini akan diterima sebelum Rabu, harap semuanya berjalan lancar," katanya.

Bermula Jumaat ini, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari akan membentangkan Belanjawan Selangor 2021 di DNS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619