AGENDA

Polis tutup dua jalan rentas daerah di Sabak Bernam

15 Okt 2020, 2:25 AM
Polis tutup dua jalan rentas daerah di Sabak Bernam

SHAH ALAM, 15 OKT: Dua 'lorong tikus' di Sabak Bernam yang digunakan orang awam untuk merentas daerah ditutup bermula semalam selaras pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata penutupan membabitkan laluan bawah jambatan menghubungkan Sabak Bernam dan Teluk Intan serta pusingan U di Bagan Nira.

"Kedua-dua laluan itu kini ditutup menggunakan penghadang konkrit dan pegawai serta anggota polis turut ditempatkan untuk melakukan pemantauan setiap masa," katanya memetik laporan Berita Harian.

Tambahnya, sepanjang tempoh PKPB hingga 27 Oktober ini, tiga sekatan jalan raya dilaksanakan iaitu di Sekinchan, Jalan Merbau Berdarah dan Jalan Bagan Nira

Bermula semalam, seluruh Selangor dikenakan PKPB selama 14 hari susulan peningkatan wabak Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619