AGENSI

Hampir semua cawangan LZS beroperasi ketika PKPB

14 Okt 2020, 4:15 AM
Hampir semua cawangan LZS beroperasi ketika PKPB

SHAH ALAM, 14 OKT: Dua puluh dua cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) beroperasi seperti biasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa hari ini.

Agensi itu dalam kenyataan berkata cawangan yang ditutup ialah Kompleks Majlis Agama Islam Selangor, Klang dan Klang Sentral berikutan kedua-duanya berada dalam zon merah.

"Orang ramai yang hadir wajib mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) iaitu memakai pelitup muka, menyukat suhu badan, menggunakan cecair pembasmi kuman dan mengimbas kod QR MySejahtera.

"Selain itu, kebersihan premis LZS akan turut dipantau dan dipastikan berada pada tahap optimum dengan mengadakan proses nyah kuman secara berkala," katanya dalam kenyataan.

LZS turut memaklumkan waktu operasi kesemua cawangannya bermula jam 9 pagi hingga 3.30 petang, manakala bagi cawangan UTC Shah Alam dari jam 8 pagi hingga 7 malam.

"Masyarakat juga digalak memilih transaksi dalam talian sebagai alternatif urusan zakat," kata agensi itu lagi.

Bagi semakan bantuan dan cetakan penyata, layari ezo.zakatselangor.com.my, manakala untuk bayaran melalui pautan fpx.zakatselangor.com.my. Pengguna juga boleh hubungi talian 1-300-88 -4343 untuk pertanyaan lanjut.

PKPB dilaksana di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai hari ini hingga 27 Oktober bagi mencegah penularan Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619