BERITA UTAMA

Ladang angsa disyaki punca Sungai Semenyih berbau bangkai

5 Okt 2020, 4:52 AM
Ladang angsa disyaki punca Sungai Semenyih berbau bangkai
Ladang angsa disyaki punca Sungai Semenyih berbau bangkai

SEPANG, 5 OKT: Aktiviti pembersihan ladang angsa disyaki punca pencemaran Sungai Semenyih yang berbau bangkai menyebabkan operasi dua Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas petang semalam.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata reban yang terletak di sebelah Sungai Pajam, Negeri Sembilan melakukan operasi pembersihan berskala besar kira-kira jam 9 pagi semalam.

“Pencemaran juga disyaki dari kawasan Perindustrian Nilai 3. Di Selangor kita tidak kesan apa-apa punca pencemaran.

“Setakat jam 9.30 pagi ini kadar pencemaran Sungai Semenyih pada tahap 8 TON (ukuran kadar bau). Kerajaan Selangor sudah memaklumkan perkara ini kepada Negeri Sembilan dan meminta pihak berkuasanya menjalankan siasatan,” katanya pada sidang media di Tasik Idaman hari ini.

[caption id="attachment_443073" align="alignnone" width="758"] Peta menunjukkan lokasi kejadian pencemaran Sungai Semenyih yang terletak antara sempadan Selangor dan Negeri Sembilan pada 5 Oktober 2020. Foto REMY ARIFIN/ SELANGORKINI[/caption]

Loy Sian berkata LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi hanya akan beroperasi semula selepas bacaan pencemaran 0 TON dicatatkan.

“Kita tidak pasti bila LRA ini akan dibuka namun kita telah mengepam air dari beberapa kawasan untuk meneutralkan air tercemar Sungai Semenyih,” katanya.

Susulan penutupan dua LRA itu, sebanyak 274 kawasan membabitkan 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619