AGENDA

Kuis terima lebih 1,500 pelajar baharu sesi Julai

3 Okt 2020, 3:14 AM
Kuis terima lebih 1,500 pelajar baharu sesi Julai

SHAH ALAM, 2 OKT: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) menerima kemasukan lebih 1,500 pelajar baharu bagi sesi Julai tahun ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata jumlah itu membuktikan komitmen tinggi institusi berkenaan dalam memperjuang dan memartabatkan pendidikan di negeri ini.

"Semasa negara berhadapan dengan pandemik Covid-19, institusi pengajian tinggi (IPT) berhadapan dengan pelbagai cabaran dan seharusnya Kuis mengambil iktibar daripada keadaan ini.

"Saya percaya, di sebalik ujian dihadapi pasti ada hikmahnya tersendiri. Tahniah diucapkan kepada pengurusan dan seluruh warga Kuis kerana terus komited mendepani cabaran yang datang," katanya menerusi video sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun institusi itu semalam.

Amirudin juga berkata ramai graduan universiti itu mula berkhidmat serta menyumbang kepakaran dalam pelbagai bidang di seluruh negara.

"Mereka mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lepasan IPT lain hasil daripada kualiti pendidikan yang disemai di Kuis.

"Sebagai sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa, Kuis seharusnya mengekalkan potensi dan kualiti bagi memenuhi harapan negeri menjadi sebuah gedung ilmu selaras moto Kuis 'pemangkin tradisi ilmu'."

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619