AGENDA

Kerajaan digesa batal cadangan tabika elit, elak perpaduan retak

1 Okt 2020, 7:07 AM
Kerajaan digesa batal cadangan tabika elit, elak perpaduan retak

SHAH ALAM, 1 OKT: Kerajaan Persekutuan digesa menolak cadangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bagi mewujudkan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) elit kerana ia melebarkan kesenjangan di antara golongan berpendapatan rendah (B40) dan tinggi (T20) yang boleh meretakkan perpaduan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tabika elit tersebut bertentangan dengan aspirasi pendemokrasian pendidikan awal kanak-kanak.

"Aspirasi pendemokrasian pendidikan awal kanak-kanak dipelopori sebelum ini dengan rancangan menggabungkan institusi-institusi pendidikan awal kanak-kanak melalui penubuhan satu jawatankuasa khas.

"Rancangan ini (penggabungan) dimaklumkan kepada Dewan Rakyat pada November 2018 bahawa Kabinet meluluskan pembentukan jawatankuasa khas yang berperanan mengawal selia secara bersepadu penubuhan dan operasi institusi pendidikan awal kanak-kanak," katanya dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pendidikan awal kanak-kanak (ECD) penting kerana ia merupakan asas kritikal pembangunan dan kejayaan.

Wan Azizah berkata menurut WHO, wawasan strategik dalam pendidikan awal kanak-kanak perlu menitik beratkan kualiti persekitaran membina termasuk pendekatan hidup dan pendidikan melibatkan ibu bapa, penjaga, keluarga dan masyarakat.

"WHO berpendapat Kerajaan dan masyarakat sivil harus bekerjasama dengan keluarga bagi menyediakan akses saksama kanak-kanak kepada persekitaran berkualiti lagi membina," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619