BERITA UTAMA

EXCO: Penerima Kiss disemak, pastikan yang layak terima bantuan

9 Sep 2020, 12:16 AM
EXCO: Penerima Kiss disemak, pastikan yang layak terima bantuan

KUALA LUMPUR, 9 SEPT: Senarai penerima Program Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) akan dikemas kini bagi memastikan hanya yang layak mendapat manfaat, kata EXCO pemberdayaan wanita.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata langkah tersebut bukan untuk mengurangkan jumlah penerima sebaliknya memastikan bantuan itu disalurkan kepada golongan memerlukan sahaja.

"Semakan lebih teliti dibuat bagi mengelak individu sama menerima manfaat setiap tahun sedangkan ramai di luar sana yang betul-betul susah serta memerlukan pertolongan.

"Selain itu ada dalam kalangan penerima Kiss telah berjaya keluar dari kemiskinan hasil kejayaan pelbagai program Kerajaan Negeri untuk meningkatkan taraf hidup mereka, jadi kita perlu beri ruang kepada orang lain pula," katanya.

Pada 1 November tahun lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata peruntukan bagi program Kiss ditambah RM12 juta menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada RM62 juta pada tahun ini seterusnya memberi manfaat kepada 25,000 penerima.

Sejak diperkenalkan pada 2017, inisiatif Kiss memberi manfaat kepada hampir 50,000 wanita di Selangor pada setiap tahun dan berjaya dalam memberdaya golongan berkaitan sebagai tonggak keluarga.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619