AGENDA

6,000 usahawan digital baharu wujud ketika PKP - Shopee

7 Sep 2020, 7:49 AM
6,000 usahawan digital baharu wujud ketika PKP - Shopee

SHAH ALAM, 7 SEPT: Seramai 6,000 usahawan digital baharu wujud hasil usaha sama Kerajaan Negeri dan Shopee dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Wakil platform jualan dalam talian itu berkata mereka dilahirkan dalam tempoh dua bulan sahaja ketika Kempen Selangor e-Bazar Raya pada Mei lalu.

"Krisis Covid-19 membuktikan betapa pentingnya e-dagang sebagai jaringan kepada penduduk dan juga usahawan. Malah ia menjadi pendapatan utama usahawan ketika PKP.

"Menyedari pentingnya perkara berkenaan, Shopee sebagai pemain industri terbesar di Malaysia menjalin kerjasama dengan Selangor untuk membantu usahawan mendigitalkan perniagaan mereka. Dan Selangor e-Bazaar adalah contoh kerjasama paling berjaya membantu usahawan berkenaan," katanya pada Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.

Pada Mei lalu, Kerajaan Negeri melancarkan Selangor e-Bazar Raya bersama Shopee bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana serta usahawan mikro memulihkan perniagaan mereka yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Menerusi kerjasama itu, platform terbabit memberi sokongan bernilai RM1 juta dalam bentuk alat pemasaran termasuk siaran langsung, Jualan Kilat Shocking Sale dan penghantaran percuma RM19 untuk penjual baharu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619