AGENDA

Orang ramai perlu waspada berita palsu gangguan air

5 Sep 2020, 4:38 PM
Orang ramai perlu waspada berita palsu gangguan air
Orang ramai perlu waspada berita palsu gangguan air

SHAH ALAM, 6 SEPT: Orang ramai diminta tidak terpedaya dengan berita palsu mengenai isu gangguan bekalan air yang disebar pihak tertentu melalui media sosial.

Justeru, semua disaran berhati-hati dan menyemak kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya.

Ini berikutan terdapat penyebaran grafik menggunakan foto Dato' Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari beserta kenyataan yang direka berkaitan isu air di Selangor.

Maklumat tepat mengenai pemulihan bekalan air boleh diperolehi melalui media rasmi yang dikemas kini dari masa ke masa di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com .

Pengguna juga digalakkan memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau App Store untuk mendapatkan maklumat terkini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619