AGENDA

Dasar Kelulusan 100 hari bantu Selangor tarik pelabur pasca Covid-19

24 Ogos 2020, 8:21 AM
Dasar Kelulusan 100 hari bantu Selangor tarik pelabur pasca Covid-19

SEPANG, 24 OGOS: Pelaksanaan Dasar Kelulusan 100 Hari pada Januari mampu menarik pelabur ke Selangor sekali gus meningkatkan semula perolehan pendapatan negeri.

Dato' Menteri Besar berkata dasar itu terbukti berkesan apabila hasil kutipan pelaburan mencecah 50 peratus selepas tiga bulan dilancarkan.

"(Selepas penularan Covid-19) Kita dah lakukan langkah awal untuk tarik pelabur dan ia mendapat sambutan serta reaksi positif pelabur.

"Cuma disebabkan Covid-19 pencapaian terganggu dua tiga bulan. Kita akan rancakkan semula pembangunan dengan langkah sedia ada," kata Dato' Seri Amirudin Shari selepas melawat kilang sarung tangan getah, Hartalega NGC Sdn Bhd hari ini.

Melalui dasar itu, beliau berkata pelabur akan mendapat kebenaran merancang antara tiga ke enam bulan berbanding sebelum ini yang terpaksa menunggu sehingga setahun bagi membina kilang.

"Ini mengurangkan tempoh menunggu antara 150 ke 200 hari," katanya.

Dasar Kelulusan 100 Hari dilaksanakan mengikuti Mekanisme Pembayaran Deposit Premium yang digariskan oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor membabitkan kebenaran merancang, pelan pembangunan dan pelan insfrastruktur.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619