AGENDA

Selangor sasar perolehan sektor pembuatan RM10 bilion

24 Ogos 2020, 7:32 AM
Selangor sasar perolehan sektor pembuatan RM10 bilion

SEPANG, 24 OGOS: Selangor menyasar perolehan sektor pembuatan antara RM8 hingga RM10 bilion tahun ini, sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata sejumlah RM3 bilion dicapai dalam tempoh tiga bulan selepas sektor ekonomi dibuka semula Mei lalu.

"Kita faham situasi pelaburan tetapi kita cuba dapat nilai signifikan. Tahun lalu kita capai RM17 bilion dan RM18.9 bilion pada 2018 tetapi sebab Covid-19 kita kena turunkan," katanya menambah baki sasaran boleh dicapai melalui pelaburan di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Tahun lalu, Selangor mencatat nilai pelaburan RM47.8 bilion, tertinggi di Malaysia.

Sementara itu, Amirudin berkata inovasi dan pelaburan teknologi oleh Hartalega NGC boleh dimanfaat untuk berdepan Revolusi Industri 4.0 bagi melahirkan pekerja berkemahiran tinggi.

"Usaha boleh dibuat melalui dana Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor dan kita alu-alukan nilai pelaburan besar tetapi harus dirancang untuk melihat manfaatnya bagi pembangunan sumber manusia serta modal insan," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619