BERITA UTAMA

MDHS, wakil rakyat bincang pembangunan isu rakyat

21 Ogos 2020, 1:58 AM
MDHS, wakil rakyat bincang pembangunan isu rakyat

SHAH ALAM, 21 OGOS: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mengadakan perbincangan dengan wakil rakyat di Hulu Selangor berkaitan isu rakyat di samping mengeratkan ukhuwah.

Yang dipertuanya berkata perkara berkenaan menyentuh pembangunan di daerah itu terutama dalam sektor pelaburan, ekonomi, sosial dan pelancongan selain aduan rakyat yang akan ditangani mengikut bidang kuasanya.

"Perbincangan ini diharapkan dapat menghasilkan natijah yang baik kepada rakyat dan MDHS bertanggungjawab menyelesaikan masalah dihadapi bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri (ADN),” kata Dr Mohd Azhar Mohamed Ali dalam kenyataan.

Beliau berkata majlis minum petang pada Rabu lalu dihadiri Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui dan ADN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong serta ketua jabatan MDHS.

"Kerjasama yang baik di antara MDHS dan wakil rakyat dapat menghasilkan impak positif demi kemajuan daerah Hulu Selangor," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619