ADN

Mendiang Kee Hiong prihatin, peka kebajikan anak istimewa

7 Mei 2024, 8:57 AM
Mendiang Kee Hiong prihatin, peka kebajikan anak istimewa
Mendiang Kee Hiong prihatin, peka kebajikan anak istimewa

HULU SELANGOR, 7 MEI: Program lawatan EXCO kebajikan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kuala Kubu Bharu bertukar sayu apabila pengerusinya mengucapkan penghargaan buat mendiang Lee Kee Hiong.

Menurut Saripah Bakar, bekas wakil rakyat tiga penggal itu tidak pernah melupakan anak-anak istimewa di pusat berkenaan selain menyifatkannya sebagai pemimpin yang tiada galang ganti.

“Setiap tahun mendiang tidak pernah melupakan kami, pasti ada peruntukan yang mendiang sediakan. Terbaharu beliau sediakan sebelum meninggal dunia adalah peruntukan baik pulih lantai.

“Mendiang seorang yang sangat prihatin. Saya tidak pernah jumpa lagi pemimpin sepertinya yang sentiasa bertanya khabar kami. Mendiang tiada galang ganti,” katanya sebak.

[caption id="attachment_641562" align="alignleft" width="332"] Pengerusi PPDK Kuala Kubu Bharu Saripah Bakar bercakap kepada media selepas melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 7 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Saripah berkata demikian ketika berucap di hadapan Anfaal Saari dan calon Kerajaan Perpaduan Selangor Pang Sock Tao di pusat pemulihan itu di sini, hari ini.

Dalam program itu, Anfaal dan Sock Tao meluangkan masa hampir sejam bertanya khabar dan beramah mesra dengan 25 anak-anak berkeperluan khas, guru pembimbing serta ibu bapa.

Sementara itu, Sock Tao berazam meneruskan hasrat murni Kee Hiong yang amat menyayangi dan mengambil berat kebajikan anak-anak istimewa di situ.

“Anak-anak berkeperluan khas selalu mendapat perhatian mendiang. Saya akan bekerjasama dengan swasta dan kerajaan dalam menyediakan inisiatif untuk kanak-kanak ini.

“Saya juga berazam tingkatkan kesedaran mengenai hal ehwal kanak-kanak istimewa kepada masyarakat jika terpilih sebagai wakil rakyat,” katanya.

Kee Hiong, 58, meninggal dunia pada 21 Mac lalu akibat barah. Mendiang dipilih sebagai wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu sejak 2013.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari bermula 27 April.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619