BERITA UTAMA

Kakitangan rasuah berdepan tindakan tatatertib, dipecat - MBSA

11 Ogos 2020, 9:29 AM
Kakitangan rasuah berdepan tindakan tatatertib, dipecat - MBSA

SHAH ALAM, 11 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) enggan melindungi kakitangan tidak berintegriti terutama melibatkan rasuah.

Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Haris Kasim berkata mereka yang melakukan kesalahan jenayah bakal dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja.

"MBSA memberi jaminan kerjasama penuh akan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malah MBSA mengadakan mesyuarat dengan SPRM berhubung perkara ini semalam.

"Saya tidak akan melindungi pegawai dan kakitangan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berintegriti, sikap seperti ini perlu dicegah dalam MBSA," katanya kepada SelangorKini hari ini.

Haris berkata orang ramai diminta menyalurkan aduan berkaitan salah laku kakitangan agensi itu menerusi emel aduanintegriti@mbsa.gov.my atau di

talian 03-55105133.

Hari ini, SPRM menahan tiga anggota penguat kuasa MBSA Cawangan Sungai Buloh kerana disyaki melindungi premis perniagaan tanpa lesen. Penguat kuasa berusia antara 41 hingga 49 tahun itu turut disyaki mengutip dan menerima rasuah secara bulanan.

Terdahulu, tular video yang mendakwa MBSA tidak memantau kegiatan judi dan jualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Video dimuat naik Facebook ‘Hot Burger Malaysia’ turut mendakwa pihak berkuasa menutup mata kerana ada yang menerima habuan daripada tauke kedai mesin judi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619