AGENDA

Sukan Paralimpik Tokyo berlangsung 24 Ogos

3 Ogos 2020, 7:08 AM
Sukan Paralimpik Tokyo berlangsung 24 Ogos

TOKYO, 3 OGOS: Jawatankuasa penganjur Tokyo 2020 pada Isnin mengumumkan jadual pertandingan Sukan Paralimpik yang tertunda, akan berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 September, 2021, lapor agensi berita Xinhua.

Jadual itu "pada prinsipnya" hampir sama seperti rancangan awal untuk 2020, tetapi atas sebab-sebab operasi, waktu bermula dan berakhir acara tertentu telah disesuaikan.

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan menampilkan 539 acara dalam 22 jenis sukan yang dianjurkan di 21 lokasi.

Pemenang pingat pertama akan ditentukan dalam perlumbaan percubaan masa berbasikal wanita pada 25 Ogos, sehari selepas upacara pembukaan.

Majlis perasmian dan penutup akan diadakan di Stadium Olimpik bermula 20:00 hingga 23:00 waktu tempatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619