AGENDA

Peserta himpunan mahkamah diminta jalani saringan Covid-19 jika bergejala

29 Jul 2020, 3:55 AM
Peserta himpunan mahkamah diminta jalani saringan Covid-19 jika bergejala
Peserta himpunan mahkamah diminta jalani saringan Covid-19 jika bergejala

SHAH ALAM, 29 JULAI: Public Health Malaysia menasihatkan peserta himpunan mahkamah untuk tampil membuat saringan segera sekiranya menunjukkan gejala wabak Covid-19.

Peringatan itu susulan tular beberapa foto yang memaparkan kehadiran penyokong di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika prosiding membabitkan Datuk Seri Najib Razak berlangsung semalam.

"Mohon selepas ini jika bergejala segera lakukan saringan, amalkan penjarakan sosial, pakai pelitup muka di tempat awam dan tidak meninggikan risiko orang terdekat," katanya menerusi Facebook.

Semalam ketua pengarah kesihatan sedih masih ada rakyat melanggar tatacara operasi piawai (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Membalas hantaran Bernama di Twitter mengenai gelagat penyokong Najib di mahkamah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan sering mengingatkan rakyat agar mematuhi SOP khususnya penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619