AGENDA

Kaji sesi sekolah jika kes wabak naik

21 Jul 2020, 8:53 AM
Kaji sesi sekolah jika kes wabak naik

SHAH ALAM, 21 JULAI: Sesi persekolahan hanya dikaji semula jika kes Covid-19 terus meningkat, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ketika ini kerajaan kekal dengan keputusan membenarkan pelajar ke sekolah secara berperingkat mulai 24 Jun lalu.

"Setakat ini tiada keputusan baharu dari Kementerian Pendidikan, namun sekiranya kes meningkat bukan sekolah sahaja yang perlu ambil tindakan (tutup) tetapi semua sektor terlibat," katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

Sesi persekolahan untuk pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang mengambil peperiksaan awam bermula 24 Jun lalu manakala selebihnya secara berperingkat mulai 15 dan 22 Julai.

Semalam, sebanyak 21 kes baharu Covid-19 direkodkan dengan jumlah keseluruhan 8,800 kes dan pertambahan 13 kluster baharu.

Perkara tersebut membimbangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan peningkatan kes baharu kepada dua digit sejak beberapa hari lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619