PBT

Tak patuh SOP, MBPJ arah tujuh premis ditutup

18 Jul 2020, 2:12 AM
Tak patuh SOP, MBPJ arah tujuh premis ditutup

SHAH ALAM, 18 JULAI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengarahkan tujuh premis ditutup kerana tidak mematuhi syarat kesihatan dan pelesenan.

Penolong pengarah komunikasi korporatnya berkata kesalahan itu termasuk tidak mendapatkan suntikan imunisasi typhoid, gagal melaksanakan kawalan serangga dan binatang perosak, premis tidak diselenggara dengan baik serta menjalankan perniagaan tanpa lesen.

"Sebanyak sembilan premis diperiksa dan daripada jumlah itu tujuh diarahkan tutup serta 23 kompaun turut dikeluarkan," kata Ahmad Iskandar Mohamad Mukhtar dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah operasi pemantauan dan pemeriksaan tersebut dijalankan Unit Penguatkuasaan Kesihatan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran MBPJ pada 14 Julai lalu.

Ahmad Iskandar juga menasihati pemilik premis mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Majlis Keselamatan Negara seperti jarak antara meja, penggunaan cecair pembasmi kuman, pemeriksaan suhu badan serta mendaftar di aplikasi Selangkah atau manual sebelum masuk ke premis.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619