AGENSI

Mais sokong kuat kuasa larangan merokok di taman awam

17 Jul 2020, 4:40 AM
Mais sokong kuat kuasa larangan merokok di taman awam

SHAH ALAM, 17 JULAI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyokong Kerajaan Negeri menguatkuasakan larangan merokok termasuk rokok elektronik dan meminum arak di taman awam.

Pengerusinya, Dato' Setia Mohammed Khusrin Munawi berkata perbuatan tersebut diharamkan sama ada di tempat awam atau kawasan persendirian.

"Walaupun Kerajaan Negeri Selangor menguatkuasakan larangan bagi perbuatan tersebut di taman awam sahaja, Mais menegaskan umat Islam dilarang melakukan perbuatan tersebut di mana jua mereka berada," katanya dalam kenyataan.

Selasa lalu, Selangor muncul negeri pertama menguatkuasakan perintah larangan menghisap rokok, rokok elektronik dan meminum minuman keras di taman permainaan serta rekreasi.

EXCO kerajaan tempatan, Ng Sze Han ketika sidang Dewan Negeri Selangor berkata individu yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000 mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Taman 2005 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619