AGENDA

Tiada kejohanan ragbi tempatan sehingga akhir tahun - KRM

15 Jul 2020, 1:30 PM
Tiada kejohanan ragbi tempatan sehingga akhir tahun - KRM

KUALA LUMPUR, 15 JULAI: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengambil keputusan untuk tidak menganjurkan sebarang kejohanan di peringkat domestik sehingga akhir tahun ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, KRM memaklumkan sebarang kejohanan yang mendapat kelulusan KRM sebelum ini dibatalkan.

Keputusan tersebut dibuat berpandukan maklum balas ahli gabungan KRM berhubung kesiapsiagaan untuk menyertai kejohanan seperti saingan Piala Agong, Kejohanan 7 Sepasukan Kebangsaan dan Liga Ragbi Malaysia (LRM) pada Mesyuarat Exco KRM, Isnin lepas.

"KRM juga setelah mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bahawa kejohanan yang berbentuk karnival seperti Kejohanan 7 dan 10 Sepasukan adalah tidak dibenarkan buat masa ini sehingga diberitahu kelak," menurut kenyataan itu.

Namun, KRM menjelaskan ahli gabungannya dibenarkan untuk menganjurkan Liga Negeri 15 sepasukan (15's) dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM), KBS dan KRM.

"KRM juga membenarkan kursus-kursus dijalankan dengan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN, KBS dan KRM," jelas kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, KRM menyatakan mereka ketika ini menunggu pengumuman rasmi daripada Asia Rugby berhubung status kejohanan antarabangsa di bawah kendalian badan induk ragbi Asia itu.

Dalam pada itu, manual SOP sukan ragbi akan disediakan kepada semua ahli gabungan dan Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pengajian Tinggi.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619