AGENDA

Rakyat Selangor disaran manfaatkan Skim Insurans Peduli Sihat

15 Jul 2020, 7:15 AM
Rakyat Selangor disaran manfaatkan Skim Insurans Peduli Sihat

SHAH ALAM, 15 JULAI: Keluarga berpendapatan RM2,000 ke bawah di Selangor disaran memanfaatkan tambahan bantuan yang disediakan menerusi Skim Insurans Peduli Sihat, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata pakej rangsangan Selangor prihatin yang diumum pada 1 April lalu memperuntukkan bantuan pengebumian sebanyak RM1,000, perlindungan kemalangan diri (RM5,000), perlindungan penyakit kritikal (RM5,000) dan insurans nyawa (RM5,000).

"Insurans kesihatan yang meliputi 85,000 keluarga ini bertujuan membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah (B40) untuk menerima rawatan asas serta pelbagai manfaat kesihatan lain.

"Aspek kesihatan sentiasa dititikberatkan dalam dasar pentadbiran negeri bagi memastikan rakyat Selangor menikmati kualiti kehidupan lebih baik," katanya pada sidang media di lobi Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor hari ini.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM42.5 juta di bawah Skim Insurans Peduli Sihat bagi mendepani krisis Covid-19. Skim tersebut yang diperkenalkan pada Disember 2016 membiayai rawatan kesihatan asas kepada 250,000 keluarga B40.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619