EXCO

Denggi: 819 kompaun dikeluar kepada pemilik kediaman, premis perniagaan

14 Jul 2020, 3:21 AM
Denggi: 819 kompaun dikeluar kepada pemilik kediaman, premis perniagaan

SHAH ALAM, 14 JULAI: Sebanyak 819 kompaun dikeluarkan kepada pemilik kediaman dan premis perniagaan kerana menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merekodkan jumlah tertinggi dengan 385 kompaun, Majlis Perbandaran Klang (156) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (135).

"Kompaun dikeluarkan Jabatan Kesihatan Selangor menerusi pejabat kesihatan daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Operasi pemantauan dan pencegahan denggi terus dilakukan dari semasa ke semasa.

"Tindakan tegas diambil terhadap pihak yang enggan memberi kerjasama serta masih berdegil. Kes denggi tinggi berikutan pertambahan bilangan penduduk dan ia semakin membimbangkan apabila masyarakat mengabaikan aspek kebersihan," katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze yang bertanya bilangan kompaun dan kes denggi di Selangor sepanjang tahun ini.

Dr Siti Mariah berkata bilangan kes denggi pada Januari ialah 9,415, Februari (6,797), Mac (4,782), April (3,118), Mei 2,831) dan Jun (3,188).

"Statistik menunjukkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengurangkan kes denggi apabila bilangan mereka dijangkiti menurun pada Mac sehingga Jun," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619