AGENDA

2STAY penuhi hasrat B40 miliki kediaman sendiri

13 Jul 2020, 5:54 AM
2STAY penuhi hasrat B40 miliki kediaman sendiri

SHAH ALAM, 13 JULAI: Skim Smart Sewa To Ownership (2STAY) diperkenal bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) memiliki kediaman sendiri pada harga kurang RM200,000.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata skim dua fasa itu meliputi Smart Sewa dengan tempoh sewa minimum dua hingga lima tahun dan tempoh pemilikan di bawah ‘Rent to Own’.

"Selepas tamat tempoh sewa, penyewa diberi pilihan untuk beli atau sebaliknya. Jika tidak mahu, mereka perlu pindah dan mendapat semula 30 peratus bayaran sewa," katanya ketika membentangkan pakej rangsangan ekonomi fasa ketiga di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Pelan pemulihan itu menekankan tiga tonggak utama iaitu jaminan bekalan makanan, kemampanan ekonomi dan pembangunan keupayaan bagi menangani dampak Covid-19.

Jumlah keseluruhan nilai ekonomi bagi pakej tersebut ialah RM55.85 bilion.

Sementara itu, Amirudin berkata penyewa yang membeli kediaman tersebut menerima 30 peratus bayaran sewa terkumpul yang dijadikan wang pendahuluan dan baki perlu dijelaskan secara ansuran.

Kerajaan Selangor memperkenalkan inisiatif Skim Smart Sewa pada 2016 bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk menyewa sambil menyimpan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619