SELANGOR

Inisiatif Data Internet Selangor manfaat 40,000 penduduk

13 Jul 2020, 4:37 AM
Inisiatif Data Internet Selangor manfaat 40,000 penduduk

SHAH ALAM, 13 JULAI: Inisiatif Data Internet Selangor diperkenalkan dengan peruntukan RM18 juta bagi mencapai sasaran negeri pintar pada 2025.

Dato' Menteri Besar berkata inisiatif yang memfokuskan beberapa matlamat memberi manfaat kepada hampir 40,000 penerima di negeri ini.

"Ini merupakan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan syarikat telekomunikasi untuk menyokong inisiatif digitalisasi bagi mencapai sasaran Negeri Pintar," kata Dato' Seri Amirudian Shari ketika membentangkan pakej rangsangan ekonomi fasa ketiga di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Sasaran matlamat inisiatif ini:

- Penjimatan kewangan untuk penggunaan data internet.

- Memudahcara inisiatif digitalisasi dengan menawarkan kemudahan internet tanpa had kepada masyarakat.

- Bantuan sokongan untuk mempertingkatkan kemudahan capaian rakyat kepada perkhidmatan dalam talian yang disediakan terutama kepada golongan yang memerlukan seperti kumpulan B40, pelajar luar bandar, guru-guru di sekolah luar bandar serta usahawan wanita.

Pelan pemulihan itu menekankan tiga tonggak utama iaitu jaminan bekalan makanan, kemampanan ekonomi dan pembangunan keupayaan bagi menangani dampak Covid-19.

Jumlah keseluruhan nilai ekonomi bagi pakej tersebut ialah RM55.85 bilion.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619