BERITA UTAMA

Pembeli unit Pangsapuri Lestari Putra terima kunci Ogos ini

3 Jul 2020, 4:51 AM
Pembeli unit Pangsapuri Lestari Putra terima kunci Ogos ini

SHAH ALAM, 3 JULAI: Pembeli unit Pangsapuri Lestari Putra, Puchong bakal menerima kunci rumah masing-masing selewat-lewatnya hujung Ogos ini.

EXCO Perumahan Haniza Talha berkata projek terbengkalai hampir 19 tahun susulan pemaju muflis membabitkan 360 unit kediaman.

"Saya dapat bayangkan betapa seronoknya pembeli apabila mendapat kunci kelak. Sudah terlalu lama mereka menunggu," tulisnya di Facebook selepas melawat pangsapuri tersebut semalam.

Beliau turut berbincang dengan pemaju dan syarikat utiliti bagi memudahkan urusan mendapatkan sijil perakuan kelayakan (CF).

Pada 28 Jun lalu, SelangorKini melaporkan Kerajaan Negeri berjaya menyiapkan 82 daripada 179 projek perumahan dan komersial terbengkalai sejak 2008.

Projek meliputi 33,421 unit berdepan isu mendapatkan dokumen projek asal, pertukaran kebenaran pembangunan dan kewangan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619