AGENSI

Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Bakau

12 Jun 2020, 2:10 PM
Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Bakau

KUALA LUMPUR, 12 JUN: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika bermain di Sungai Bakau, Rawang dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 3.30 petang itu, mangsa yang bermain bersama abangnya di tebing sungai berkenaan dikatakan tergelincir sebelum dihanyutkan arus deras.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 3.49 petang.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati kedalaman paras air di sungai berkenaan adalah kira-kira satu meter.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan di kawasan tebing sungai dan setakat 8 malam, mangsa masih belum ditemui," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi SAR dihentikan malam ini dan akan disambung pada pukul 8 pagi, esok.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619