SELANGOR

Penduduk Taman Langat Utama, Taman Langat Murni tak dibenar rentas negeri

9 Jun 2020, 7:01 AM
Penduduk Taman Langat Utama, Taman Langat Murni tak dibenar rentas negeri

SHAH ALAM, 9 JUN: Penduduk Taman Langat Utama dan Taman Langat Murni yang menjadi lokasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran dilarang untuk merentas negeri, kata Pegawai Daerah Kuala Langat.

Mohd Jusni Hashim berkata penduduk hanya boleh berbuat demikian selepas PKP kawasan tersebut yang bermula 2 Jun tamat pada 16 Jun ini.

"Penduduk bebas untuk keluar masuk kawasan ini tetapi kami ingin mengingatkan mereka dilarang merentas negeri dan diharap semua pihak patuh arahan pihak berkuasa.

"Dalam pada itu pihak kami sentiasa memantau keadaan penduduk dan jika ada yang mengalami ketidakstabilan emosi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada menyediakan perkhidmatan kaunseling," katanya.

Jusni berkata setakat ini JKM telah mengedarkan sebanyak 1,842 bakul makanan bekalan asas kepada penduduk yang memerlukan.

Pada 7 Jun Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri memperuntukan RM100,000 untuk membekalkan bantuan makanan kepada penduduk di Taman Langat Utama dan Taman Langat Murni.

PKP secara pentadbiran dikuat kuasakan apabila 24 pekerja pembersihan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tinggal di taman berkenaan positif Covid-19.

Susulan itu, seramai 4,627 penduduk di taman berkenaan disaring dan ia membabitkan 3,686 rakyat tempatan manakala 941 adalah warga asing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619