AGENDA

Jumlah kompaun rendah, rakyat patuh arahan elak ziarah Aidilfitri

26 Mei 2020, 7:29 AM
Jumlah kompaun rendah, rakyat patuh arahan elak ziarah Aidilfitri

SHAH ALAM, 26 MEI: Rakyat didapati patuh dengan arahan kerajaan supaya mengehadkan aktiviti ziarah pada sambutan Aidilfitri, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia terbukti apabila hanya 31 kompaun dikeluarkan polis susulan ingkar arahan tersebut, semalam.

"Jumlah ini amat kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan rakyat Malaysia, jadi saya fikir mereka patuh dengan saranan kerajaan.

"Pada masa sama, jumlah kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung juga menurun semalam kepada 738 kenderaan berbanding 1,243 kelmarin," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai tiada lagi aktiviti ziarah dan menegaskan polis akan membuat pemantauan sekiranya terdapat aduan serta dikompaun serta-merta.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan aktiviti ziarah pada setiap perayaan dalam masa terdekat hanya pada hari pertama sahaja, terhad kepada 20 orang terdiri daripada ahli keluarga terdekat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619