AGENSI

Rumah Seni Selangor agih bantuan buat karyawan terjejas, sakit kronik

26 Mei 2020, 2:50 AM
Rumah Seni Selangor agih bantuan buat karyawan terjejas, sakit kronik

SHAH ALAM 26 MEI: Empat karyawan termasuk dua menghidap penyakit kronik antara penerima bantuan hasil jualan amal Pameran Seni Amal SENI-KOV19 fasa satu dan dua anjuran Rumah Seni Selangor (RUsSel).

Kurator pameran, Alina Abdullah berkata seramai 30 karyawan muda di sembilan studio seni dan perkumpulan pelukis antaranya Studio Kotak Lampu, Studio Anak Muda, Studio Kongsi dan Studio Pedu turut menerima sumbangan.

Beliau berkata Studio Tuah, Studio Kachang Art dan Studio Temu yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan Covid-19 juga antara penerima bantuan.

"Jumlah kutipan daripada 22 penyumbang disalur mulai 22 Mei lalu berdasarkan 80 peratus daripada karya pada fasa pertama berjaya dijual manakala setakat ini tiga karya pada fasa kedua yang sedang dijalankan.

"Pameran ini akan diteruskan dan kita sebenarnya mendapat banyak permintaan karyawan yang berminat menyertai pameran maya seumpama ini memandangkan penganjuran secara fizikal tidak dapat diadakan," kata Alina.

Pengagihan berkenaan dibuat hasil jualan amal pameran berkenaan yang mengutip dana RM10,455 setakat ini.

Fasa kedua pameran memperaga lukisan dan arca karya 29 karyawan termasuk Dekan Fakulti Seni Halus Akademi Seni Halus Budaya dan Warisan Kebangsaan, Suzlee Ibrahim dan Ketua Jabatan Seni Lukis Institut Seni Lukis Malaysia, Liu Cheng Hua.

Antara artis lain, Abdullah Jones, Tan Jee Ling, Elly Nor Suria M Zainuddin, Stephen Menon, Anisa Abdullah, Amir Amin, Liu Cheng Hua, Azizan Paiman dan Arikwibowa Amril.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619