AGENSI

Pasar Seni Genta bantu pulih industri kreatif, sasar 500 pengunjung

22 Feb 2022, 12:20 AM
Pasar Seni Genta bantu pulih industri kreatif, sasar 500 pengunjung

SHAH ALAM, 22 FEB: Pasar Seni Genta di Laman Budaya Tasik Shah Alam pada Sabtu depan menyasarkan kehadiran 500 pengunjung dalam usaha membantu pemulihan industri kreatif yang malap akibat Covid-19.

Pengarah Galeri Shah Alam berkata pasar seni itu sesuai untuk semua peringkat umur kerana ia menawarkan pelbagai barangan dan hiburan untuk semua.

"Matlamat utama program ini adalah untuk melonjakkan kembali ekonomi kreatif setempat. Program ini istimewa kerana bukan sahaja menjual barang dagang seni halus dan kraf, tetapi juga jualan buku serta makanan oleh peniaga kecil.

"Terdapat juga persembahan puisi dan akustika, selain pemuzik jalanan yang bakal menyerikan lagi program pasar seni ini. Semua ini adalah hasil jaringan industri kreatif dan Galeri Shah Alam mahu membantu melonjakkan kembali ekonomi seni yang suram kerana wabak," kata Alina Abdullah kepada SelangorKini.

Terdapat 30 vendor seni dan kraf, buku dan e-majalah serta makanan dan minuman dijangka menyertai program anjuran bersama Galeri Shah Alam dan Rumah Seni Selangor itu.

Pengunjung diwajibkan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) iaitu sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial sepanjang program yang bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam itu nanti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619