AGENDA

Covid-19: Kes positif di Indonesia 20,162, korban 1,278

21 Mei 2020, 2:51 PM
Covid-19: Kes positif di Indonesia 20,162, korban 1,278

JAKARTA, 21 MEI: Kes positif Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 20,000 kes dengan berlaku tambahan kes positif baharu tertinggi bagi tempoh 24 jam iaitu 973 kes.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, jumlah kes positif kini berjumlah 20,162 susulan berlaku tambahan 973 kes baharu tertinggi bagi tempoh 24 jam, sejak kes pertama disahkan pada 2 Mac lepas.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 36 lagi kematian berlaku menjadikan kes kematian akibat virus itu kini 1,278 orang," katanya.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kematian tertinggi iaitu 481 kes diikuti Jawa Timur (241 kes), Jawa Barat (124) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

Pelaksanaan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) di provinsi Jakarta yang bermula 15 Mac lepas, masih berkuatkuasa sehingga 4 Jun ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619