AGENDA

Lebih 1,400 PATI cuba masuk ikut 'lorong tikus' ditahan

16 Mei 2020, 7:52 AM
Lebih 1,400 PATI cuba masuk ikut 'lorong tikus' ditahan

SHAH ALAM, 16 MEI: Pasukan keselamatan menahan 1,408 pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana cuba memasuki negara ini melalui 'lorong tikus' di darat dan perairan sepanjang bulan ini.

Menteri Kanan (kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak berkuasa juga menahan 14 tekong yang dikenal pasti bertanggungjawab membawa masuk PATI.

"Kerajaan terus memantau dan mengetatkan kawalan sempadan darat dan laut bagi menyekat kemasukan PATI, seterusnya memastikan kedaulatan negara terus terpelihara," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri menasihati agensi pelancongan dan pelanggan berbincang berhubung pemulangan wang dibayar bagi pakej pelancongan yang dibatalkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Ia antara pelancong dan ejen pelancongan, kerajaan tidak ada kena mengena, sepatutnya pulangkan wang tersebut kerana pakej pelancongan bukan dibatalkan atas kehendak pelanggan.

"Kalau tak pulang duit, mungkin pakej itu boleh boleh ditangguhkan pada masa akan datang, jadi kedua-dua pihak tak rugi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619