AGENDA

Polis tahan 10 orang tidak patuh PKP Bersyarat

14 Mei 2020, 8:50 AM
Polis tahan 10 orang tidak patuh PKP Bersyarat

SHAH ALAM, 14 MEI: Polis menahan 10 individu semalam kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penahanan tersebut selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengambil tindakan kompaun atau pendakwaan di mahkamah terhadap mereka yang melanggar tatacara operasi piawai (SOP) sepanjang tempoh PKPB.

"Jumlah tangkapan semalam mencatatkan peningkatan mendadak berbanding kelmarin yang menyaksikan hanya seorang individu ditahan di Selangor.

"Justeru, saya sekali lagi ingatkan kepada setiap rakyat untuk sentiasa patuh peraturan dan SOP PKPB," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

PKPB dilaksanakan pada 4 hingga 12 Mei lalu sebelum dilanjutkan sehingga 9 Jun dengan beberapa kelonggaran diberikan.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini dikesan ramai orang awam keluar beramai-ramai dan bergerak bebas termasuk membawa anak ke pusat beli-belah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619