AGENDA

KPDNHEP jamin bekalan keperluan cukup

18 Apr 2020, 7:41 AM
KPDNHEP jamin bekalan keperluan cukup

SHAH ALAM, 18 APRIL: Bekalan barangan keperluan dijamin mencukupi dan mampu menampung permintaan semasa, kata Menteri Kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa menjalankan penguatkuasaan untuk memantau 25 jenis bekalan serta bertindak menangani isu-isu pembekalan.

Semalam, katanya, KPDNHEP membuat pemantauan harian di 1,021 premis peniagaan termasuk 785 peruncit, 205 pemborong dan 31 pengilang.

"Kerajaan berharap pihak pengeluar, pengedar, pemborong dan pasar raya sentiasa memberi kerjasama memastikan pembekalan barangan keperluan asas pengguna mencukupi.

"Pada masa sama melaporkan sebarang masalah kekurangan bekalan barangan kepada KPDNHEP untuk tindakan," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata semua syarikat, koperasi, persatuan serta pertubuhan diarah untuk menangguhkan mesyuarat agung tahunan mereka sehingga tarikh ditetapkan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Bagaimanapun, mereka dibenar mengadakan mesyuarat secara dalam talian seperti persidangan video," katanya.

Beliau turut menjelaskan pekerja syarikat telekomunikasi dibenarkan membuat pemasangan internet di rumah pengguna sepanjang PKP, namun mesti disertakan surat untuk dikemukakan kepada polis yang menjalankan sekatan jalan raya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619