BERITA UTAMA

MB seru peniaga, penjaja dapatkan bantuan RM500 di selangorprihatin.com

15 Apr 2020, 1:32 PM
MB seru peniaga, penjaja dapatkan bantuan RM500 di selangorprihatin.com
MB seru peniaga, penjaja dapatkan bantuan RM500 di selangorprihatin.com

SHAH ALAM, 15 APRIL: Peniaga kecil dan penjaja di negeri ini boleh membuat pendaftaran untuk mendapatkan insentif bernilai RM500 di laman sesawang selangorprihatin.com , kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata tempoh permohonan bagi insentif itu dibuka sehingga 7 Jun depan.

"Insentif RM500 sebelum ini hanya dibuka kepada peniaga dan penjaja premis pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja, kini diperluas kepada semua peniaga dan penjaja pasar tani, kios, semua jenis gerai, pasar awam dan medan selera.

"Daftar di http://selangorprihatin.com sehingga 7 Jun 2020," tulisnya di Twitter.

Terdahulu, Kerajaan Negeri bersetuju memperluaskan manfaat insentif RM500 sekali bayar di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin kepada peniaga berlesen yang menyewa premis PBT.

Ia melibatkan lima kategori di atas yang dikuatkuasakan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, UUK Pasar dan UUK Establishment Makanan sahaja.

Seramai 80,000 peniaga dan penjaja berlesen yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan disasar menerima bantuan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619