AGENSI

Kuis jamin kebajikan pelajar, keluarga tak perlu risau

13 Apr 2020, 9:14 AM
Kuis jamin kebajikan pelajar, keluarga tak perlu risau

SHAH ALAM, 13 APRIL: Ibu bapa dan penjaga tidak perlu bimbang dengan kebajikan anak mereka yang sedang menetap di asrama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kata Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Prof Dato' Ab Halim Tamuri berkata pihaknya memberi jaminan penuntut yang berada di kampus dilayan baik termasuk memastikan bekalan makanan cukup.

"Saya minta supaya keluarga tidak risau keadaan anak-anak mereka kerana kita jaga dengan baik malah saya dimaklumkan Kerajaan Selangor akan meneruskan agihan makanan kepada mahasiswa untuk PKP fasa ketiga ini.

"Kita juga faham kebanyakan mereka mahu pulang ke rumah masing-masing, tetapi saya sudah mengarahkan pegawai untuk menerangkan situasi sebenar kepada pelajar agar bersabar kerana kita perlu memutuskan rantaian Covid-19," katanya ketika dihubungi.

Semalam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju dengan keputusan kerajaan supaya pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta terus kekal berada di lokasi masing-masing sehingga arahan terbaharu dikeluarkan.

KPT juga masih memperhalusi cadangan membenarkan penuntut yang masih tinggal di asrama dan kolej untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619