AGENDA

MSN: Kedudukan kontrak jurulatih Sukma Selangor diputus Mei

7 Apr 2020, 9:02 AM
MSN: Kedudukan kontrak jurulatih Sukma Selangor diputus Mei

SHAH ALAM, 7 APRIL: Selangor akan memutuskan kedudukan kontrak jurulatih Sukan Malaysia (Sukma) pada Mei ini, kata Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN).

Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata kebanyakan mereka tamat kontrak pada Julai, namun MSN perlu meneliti semula status tersebut susulan penundaan Sukma 2020.

"Kita ada 70 jurulatih kontrak dan bagi yang tempoh perkhidmatan mereka sehingga akhir tahun, ia tidak menjadi masalah.

"Cuma kedudukan jurulatih yang kontrak mereka tamat pada Julai perlu dikaji semula sama ada disambung atau tidak," katanya.

Adi Faizal berkata walaupun Sukma 2020 ditunda namun elaun bulanan jurulatih tetap dibayar seperti biasa.

Pada 25 Mac lalu Jawatankuasa Tertinggi Sukma sebulat suara bersetuju menangguhkan Sukma Johor 2020 ke satu tarikh yang akan

ditetapkan kemudian.

Sukma 2020 ditetapkan pada 11 hingga 19 Julai manakala Para Sukma dijadualkan pada 16 hingga 22 Ogos.

Selangor menyasarkan kutipan 45 pingat emas, 40 perak dan 40 gangsa pada kejohanan tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619