AGENSI

IWB: Lebih produktif, peniaga diseru manfaat sistem digital

4 Apr 2020, 1:00 PM
IWB: Lebih produktif, peniaga diseru manfaat sistem digital

SHAH ALAM, 4 APRIL: Peniaga diseru memanfaatkan sistem digital susulan pembatalan bazar Ramadan tahun ini, kata pengerusi Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor.

Juwairiya Zulkifli berkata teknologi dalam talian membantu meningkatkan kecekapan urusan niaga, menjimatkan kos dan masa serta lebih produktif.

"Ekonomi digital memberi peluang sama rata kepada semua tidak kira seseorang itu mengusahakan perniagaan makanan dan hasil tani secara kecil-kecilan atau berskala besar.

"Peniaga boleh menjual barangan melalui kaedah yang lebih kreatif dan inovatif, mula-mula memang kekok tetapi lama-kelamaan ia menjadi kebiasaan," katanya yang juga Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati kepada SelangorKini, hari ini.

Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 yang dibentangkan 1 April lalu memperuntukkan RM100.7 juta untuk industri digitalisasi bagi mengimbangi pentadbiran negeri susulan Covid-19.

Sehubungan itu, seramai 16,584 peniaga terkesan digalak membudayakan digitalisasi bagi membolehkan mereka meneruskan perniagaan sepanjang Ramadan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619