AGENDA

UPM hasilkan 700 cecair pembasmi kuman

1 Apr 2020, 3:47 PM
UPM hasilkan 700 cecair pembasmi kuman

SHAH ALAM, 1 April: Penyelidik Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan lebih 700 botol cecair pembasmi kuman 30 mililiter (ml) dan 300ml dengan formulasi gel lidah buaya bagi mencegah penularan Covid-19.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Prof Madya Dr Mohd Razif Harun berkata idea menghasilkan produk tercetus apabila cecair itu sukar didapati di pasaran ketika ini.

Beliau berkata produk itu diuji di makmal UPM dan terbukti boleh membasmi kuman mengikut piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta sesuai untuk kegunaan orang ramai.

"Selain gel lidah buaya, produk ini menggunakan air ternyah ion, alkohol ternyah asli dan minyak pati semula jadi seperti lavender, lemon, campuran pati minyak semulajadi, pudina dan minyak kayu ditambah dalam campuran kerana berpotensi melawan bakteria serta menghalang jangkitan.

"Cuma buat masa ini, kami hentikan operasi pengeluaran kerana kehabisan peruntukan. Namun, jika ada dalam kalangan orang luar berminat memasarkan produk ini kami mengalu-alukan kerana ia memerlukan peruntukan, staf sepenuh masa dan fasiliti yang lebih besar," katanya dalam kenyataan semalam.

Bagaimanapun, Dr Mohd Razif berkata buat masa ini produk itu tidak dijual sebaliknya digunakan untuk kegunaan dalaman kampus seperti lokasi tumpuan sekitar fakulti terutamanya di kaunter pejabat dan lif sebagai langkah pencegahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619