AGENSI

Pepias puji Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19

21 Mac 2020, 1:40 PM
Pepias puji Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19

SHAH ALAM, 21 MAC: Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (Pepias) memuji usaha Kerajaan Negeri memperkenalkan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin bagi membantu masyarakat yang terkesan dengan Covid-19, kata setiausaha agungnya.

Mohamad Khairuddin Zahari berkata tindakan pantas itu membuktikan keprihatinan Selangor terhadap segenap masyarakat terutama mahasiswa.

"Antaranya bantuan sara diri RM200 untuk mahasiswa Selangor yang berada di Sabah dan Sarawak serta program makanan percuma untuk pelajar di Universiti Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Kolej Antarabangsa Inpens dari 22 hingga 31 Mac yang terpaksa kekal di universiti.

"Lantaran itu, Pepias bersedia menggembleng tenaga bersama dengan menjadi penghubung antara Kerajaan Negeri dan mahasiswa di Selangor," katanya dalam kenyataan.

Katanya Pepias bersama beberapa badan bukan kerajaan lain memulakan operasi Khidmat Bantuan Belia Siswa bagi menyalurkan bantuan keperluan harian dan makanan kepada mahasiswa yang masih berada di kampus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

"Diharapkan inisiatif ini dapat membantu mengurangkan bebanan seluruh warga Selangor yang sedang melawan wabak Covid-19," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619