AGENSI

Yide teruskan operasi Pusat Dialisis Mais rawat pesakit

18 Mac 2020, 5:04 AM
Yide teruskan operasi Pusat Dialisis Mais rawat pesakit
Yide teruskan operasi Pusat Dialisis Mais rawat pesakit

SHAH ALAM, 18 MAC: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) meneruskan operasi Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di enam cawangan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bermula hari ini hingga 31 Mac ini, kata pengurus besarnya.

Nur Mohd Razali Abdullah berkata pusat tersebut di Shah Alam, Bukit Jelutong, Kapar, Kuala Selangor, Sungai Besar dan Taman Melawati, Gombak dengan pihaknya menyediakan langkah awal pencegahan kepada pesakit.

"Operasi perlu diteruskan untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit dialisis meneruskan rawatan secara berkala.

"Mereka disarankan untuk sentiasa mengekalkan kebersihan dengan penggunaan cecair pembasmi kuman, memeriksa suhu badan dan tidak mengadakan perjumpaan atau menghadiri perhimpunan berskala besar," katanya dalam kenyataan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas pada 16 Mac lalu menjelaskan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Penutupan meliputi semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619