AGENDA

Covid-19: Kakitangan dijangkiti virus, Suhakam tutup ibu pejabat

12 Mac 2020, 4:18 AM
Covid-19: Kakitangan dijangkiti virus, Suhakam tutup ibu pejabat

SHAH ALAM, 12 MAC: Ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Menara Tabung Haji Perdana, Kuala Lumpur ditutup tiga hari mulai semalam selepas seorang pekerjanya positif Covid-19.

Susulan itu, pekerja tersebut diberi pelepasan bekerja dari rumah, manakala aktiviti dan program ditangguh sementara waktu.

“Suhakam mengambil langkah mengenal pasti individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit serta diminta mendapatkan ujian sewajarnya.

"Pihak kami juga mengambil langkah mengawal penyebaran virus terutama dalam kalangan pekerja selain bekerjasama dengan pengurusan bangunan dan Kementerian Kesihatan untuk proses nyahkuman," kata Suhakam dalam kenyataan semalam.

Suruhanjaya tersebut turut meminta orang ramai yang berinteraksi dengan pegawainya sejak 2 Mac lalu untuk menghubungi pejabat kesihatan daerah jika mengalami simptom.

"Segala kesulitan yang berlaku dalam menangani perkara ini amat dikesali dan pihak kami akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa melalui laman sesawang dan media sosial rasmi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619