AGENDA

Keputusan SPM diumum 5 Mac

27 Feb 2020, 4:24 AM
Keputusan SPM diumum 5 Mac

SHAH ALAM, 27 FEB: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 membabitkan 416,416 calon akan diumumkan 5 Mac ini, kata Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing bermula 10 pagi atau melalui perkhidmatan mySMS dengan menaip SPMAngka Giliran dan hantar ke 15888.

"Perkhidmatan akan mula diaktifkan pada 10 pagi, 5 Mac ini dan ditamatkan pada 6 petang, 11 Mac. Calon juga boleh menyemak keputusan melalui portal Lembaga Peperiksaan Malaysia di sppat.moe.gov.my/semakan," kata kenyataan itu.

Kementerian berkata calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau berhubung dengan Jabatan Pendidikan Negeri, bergantung kepada tempat mendaftar ketika menduduki peperiksaan.

Seramai 416,416 calon mendaftar untuk menduduki SPM di seluruh negara dengan 357,010 calon adalah sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

Selain itu, 8,320 calon di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah menengah agama negeri (8,317), sekolah menengah agama rakyat (2,209), sekolah swasta (14,203) manakala calon persendirian (26,357).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619