AGENDA

Pakatan Harapan Selangor stabil, terus tadbir negeri

25 Feb 2020, 6:20 AM
Pakatan Harapan Selangor stabil, terus tadbir negeri

SHAH ALAM, 25 FEB: Pakatan Harapan (Pakatan) Selangor mempunyai majoriti besar dan stabil untuk kekal sebagai kerajaan bagi meneruskan pentadbiran, kata pengerusi Amanah negeri.

Ir Izham Hashim berkata pihaknya setia dalam Pakatan selaras dengan ketetapan pada peringkat nasional serta menghormati mandat rakyat pada pilihan raya umum ke-14.

"Kami memohon agar rakyat Selangor sentiasa mendoakan kestabilan keadaan politik negeri dan semoga rakyat serta warga Selangor sentiasa makmur dan sejahtera," katanya dalam kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Parti Amanah Negara Negeri Selangor kekal setia di dalam Pakatan Harapan selaras dengan ketetapan yang telah dibuat diperingkat nasional.

Kami menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada Pilihanraya Umum ke14 yang lalu.

PH Selangor juga mempunyai majoriti yang besar dan stabil serta akan terus kekal sebagai kerajaan bagi mentadbir Negeri Selangor.

Kami memohon agar rakyat Selangor sentiasa mendoakan kestabilan keadaan politik negeri dan semoga rakyat serta warga Selangor sentiasa makmur dan sejahtera.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619