AGENDA

MB: Tujuh tabung biasiswa bantu pendidikan anak Selangor

23 Feb 2020, 6:47 AM
MB: Tujuh tabung biasiswa bantu pendidikan anak Selangor

SHAH ALAM, 23 FEB: Pembiayaan pengajian melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor dari peringkat sijil hingga ijazah membantu meningkatkan taraf pendidikan rakyat di negeri ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pendidikan penting dalam membentuk keyakinan tinggi merangkumi pembangunan peribadi, keluarga dan masyarakat.

"Pendidikan yang betul dan baik sangat penting bagi kita semua. Atas sebab itu, Kerajaan Negeri sentiasa menyediakan peruntukan khas untuk pendidikan anak-anak Selangor," katanya melalui hantaran di Facebook, semalam.

Tujuh pembiayaan pendidikan di Selangor ialah:

1. Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor

2. Peduli Siswa (Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara)

3. Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara

4. Program Khas Selangor Brain Bank

5. Program Khas Kakitangan Awam Selangor

6. Program Khas Biasiswa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

7. Biasiswa Sagong Tasi

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di tkwbns.selangor.gov.my atau hubungi 03-55212275.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619