AGENDA

Proton sasar jual 132,000 kenderaan pada 2020

21 Jan 2020, 2:13 AM
Proton sasar jual 132,000 kenderaan pada 2020

PETALING JAYA, 21 JAN: Proton Holdings Bhd menyasarkan untuk menjual sekurang-kurangnya 132,000 unit kenderaan pada 2020, peningkatan ketara daripada 100,821 unit dijual dicatatkan pada 2019.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong berkata sasaran itu akan disokong oleh sekurang-kurangnya dua pelancaran model baharu, pasaran eksport yang semakin meningkat dan menambah lebih banyak pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) dan pusat 4S (jualan, servis, alat ganti dan pameran) tahun ini .

Beliau berkata selain dari Saga yang berwajah baharu, Proton juga menjangka lima kenderaannya sebagai pemimpin kelas tahun ini.

"Bagi pelancaran, kami akan melancarkan model tahun 2020 Proton X70 tidak lama lagi dan seperti yang anda sudah tahu, ia dibina di Tanjung Malim.

"Kami juga melancarkan model kedua terbaharu tahun ini, jadi dua pelancaran utama yang boleh anda nantikan daripada Proton," katanya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina bersama media hari ini.

Li berkata Proton merancang untuk meningkatkan eksportnya daripada 1,070 unit kepada 4,000 unit.

"Dengan lebih banyak sokongan, kami boleh menjual sebanyak 6,000 kereta. Proton juga merancang untuk meningkatkan pasaran luar negara sedia ada daripada enam negara kepada 10 negara,” kata Li.

Proton akan terus meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatannya dan menyasarkan membuka sebanyak 150 cawangan 3S dan 4S daripada 121 unit ketika ini, menjelang akhir tahun ini, katanya.

Tahun lepas adalah tahun yang baik untuk pengeluar kereta nasional itu, 50.1 peratus unitnya dimiliki DRB-Hicom Bhd, ia pertama kali mencapai jualan 100,000 sejak tahun 2015.

Proton menjual 100,821 unit pada 2019, meningkat 55.7 peratus daripada 2018.

Secara keseluruhannya, bahagian pasarannya berada pada 16.7 peratus, menduduki tempat kedua dalam jadual jualan keseluruhan, kali pertama ia mencapainya dalam tempoh empat tahun.

"Pencapaian tersebut adalah yang terbaik, tapi hari ini, ia telah menjadi sejarah. Proton perlu menetapkan sasaran baharu untuk maju, dan bagi 2020 kita meletakkan beberapa sasaran tinggi," kata Li.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619