SELANGOR

Pusat pengumpulan makanan bakal dibuka di Kajang

14 Jan 2020, 8:30 AM
Pusat pengumpulan makanan bakal dibuka di Kajang

SHAH ALAM, 14 JAN: Kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (KPDNHEP) bakal mewujudkan Pusat Pengedaran (Distribution Centre) di Kajang sebagai lokasi pengumpulan makanan sebelum diedarkan ke lokasi yang dikenal pasti.

Pusat yang dijangka beroperasi Februari terbabit secara tidak langsung akan menambahbaik lagi program Food Bank yang mula dilancarkan Disember dua tahun lalu, lapor Sinar Harian.

"Tujuan kita wujudkan pusat ini adalah untuk memastikan proses pengagihan bekalan ke lokasi yang telah ditentukan akan berjalan lancar.

"Daripada segi logistik seperti trak penyejuk pun kita sudah ada. Secara keseluruhan kini kita ada 13 trak penyejuk," kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Food Bank Malaysia dan Nestle (Malaysia) Berhad di Putrajaya hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619