PBT

MPSJ iktiraf 15 JMB, MC main peranan aktif

14 Jan 2020, 6:47 AM
MPSJ iktiraf 15 JMB, MC main peranan aktif
MPSJ iktiraf 15 JMB, MC main peranan aktif

SHAH ALAM, 14 JAN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengiktiraf peranan aktif dimainkan 15 Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) dengan menganugerahkan plak dan Sijil Penarafan Bintang Pembangunan Berstrata, kata yang dipertuanya.

Noraini Roslan berkata anugerah dijalankan di Dewan Serbanguna MPSJ, USJ 7 Ahad lalu itu diberikan menerusi inisiatif penilaian penarafan bintang dilaksanakan secara berjadual setiap tahun bagi kemajuan perumahan berstrata di kawasan pentabirannya.

Katanya penilaian dibuat ke atas 150 JMB dan MC bagi tujuan itu adalah pendekatan MPSJ bagi menggalakkan penduduk menubuhkan pertubuhan berkaitan atau persatuan penduduk.

"Inisiatif untuk menggalakkan JMB dan MC berfungsi lebih aktif dan menjalankan tanggungjawab dengan cekap sekali gus mewujudkan hubungan kerjasama baik bersama MPSJ.

"Medium ini juga dilaksana bagi mengenal pasti kawasan berpotensi diberi bantuan dan bimbingan agar membangun serta maju bersama dalam menjadikan pengurusan MPSJ bertaraf antarabangsa selaras pengiktirafan bandar raya yang akan diterima," katanya.

Majlis itu selaras dengan Dasar Komuniti Negara iaitu mewujudkan kawasan kediaman yang lebih kondusif, selamat dan harmoni dengan melibatkan kepelbagaian kaum tanpa membezakan status pemilikan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619